Profésionål ã 1999
x |
|
Etika Kerja Professional |
1 |
3 |
|
6 |
|
11 |
|
19 |
|
20 |
|
|
Sekapur Sireh
BACK TO THE TOP
Alhamdullillah, bersyukur kami kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kami menyiapkan tugasan yang diberikan.
Ribuan terima kasih kami kepada Encik Mohd Nasir Bin Markom yang telah banyak membantu kami memberi tunjuk ajar dan panduan bagi meyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga individu-individu lain yang telah banyak membantu kami sama ada secara langsung ataupun tidak. Insya Allah tugasan ini sedikit sebanyak akan menjelaskan Etika Kerja Professional.
Akhir kata kami memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala kekurangan dan kelemahan itu datang dari kami. Mudah–mudahan Allah SWT yang Maha Pemurah, melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahNya kepada kita semua, Amin.
"Ya Allah ya Tuhanku, aku memohon perlindunganMu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak tenang, doa yang tidak dimakbulkan dan daripada nafsu yang tidak pernah kenyang"
Wassalam.
Definisi
BACK TO THE TOP
Etika
terlalu banyak diberikan oleh pelbagai pihak dari semasa ke semasa. Istilah etika berasal dari perkataan Greek 'ethos', yang bermaksud khusus kepada 'character', ataupun perwatakan dan keperibadian.Gluck (1986 : 176) telah mendifinasikan etika sebagai, " kajian filosofikal terhadap moraliti". Shea (1988 : 17) pula mendefinasikan etika sebagai "prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen" dan sebagai "satu standard tingkahlaku ".
Manakala istilah etika dikalangan teknokrat merujuk kepada kajian-kajian mengenai isu-isu 'standard moral' yang melibatkan para teknokrat yang boleh membantu meningkatkan integriti profesyen mereka.
Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan, khususnya dikalangan yang meminggirkan agama di dalam kehidupan mereka. Tidak mengira negara, bangsa dan agama telah menekankan norma moral yang berlandaskan ketinggian akhlak mereka yang mengamalkannya.
Dalam masyarakat moden sekarang ini norma keagamaan semakin ditinggalkan dan masyarakat lebih menuju kepada kemajuan material untuk mencapai kesenangan hidup. Sumber-sumber moral kini datang dari set etika yang dihasilkan oleh ketentuan akal manusia dan pengkajian terhadap kehidupan manusia.
Hubungan etika kerja profeesional dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa.
Etika seharusnya dipelajari dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. - dalam apa jua tindak tanduk. Keberkesanan prinsip etika terletak pada individu itu sendiri. Tanpa disiplin diri dan kekuatan mental yang tinggi seseorang itu tidak dapat mencapai tahap etika yang dikehendaki. Secara kesimpulannya dapatlah kita simpulkan bahawa etika itu wujud dalam diri seseorang itu dengan adanya disiplin dan kekuatan diri individu itu sendiri.
Fungsi Kod Etika Professional
BACK TO THE TOP
Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai salah satu panduan dalam mendisiplinkan diri kearah yang lebih beretika. Secara datarnya kod etika ini berfungsi sebagai :
Kod etika professional telah mengelaskan pelbagai tingkahlaku yang patut diamalkan dalam sesebuah organisasi atau jabatan tersebut. Kod ini juga boleh dianggap sebagai landasan dalam menjalankan pelbagai kerja dengan lebih teratur dan lebih baik.
Dengan panduan dan peraturan amalan-amalan kerja, kod etika boleh memandu dan mengingatkan ahli-ahli professional mengenai keputusan yang perlu diambil dan tingkahlaku yang sepatutnya apabila berada di dalam sesuatu keadaan.
Kod-kod etika digunakan khususnya oleh badan-badan professional sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya apabila terdapat sebarang aduan diterima. Aduan-aduan ini akan dapat mengurangkan penyalahgunaan kuasa oleh mereka yang berkuasa dan berpangkat serta mempunyai kedudukan tertentu dalam sesbuah organisasi atau jabatan. Selain itu ia juga dapat mengelakkan penggunaan maklumat-maklumat rahsia syarikat atau jabatan untuk kepentingan diri sendir.i.
Kod-kod etika memberi satu gambaran kepada semua pihak tentang imej positif setiap profesyen kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi. Etika merupakan satu panduan kepada professional untuk membina, meningkat dan mempertahankan integriti, kejujuran dan maruah profesyen masing-masing.
Ini secara umumnya, setiap kod etika professional menjelaskan bahawa setiap ahlinya perlu menggunakan segala ilmu pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia seluruhnya, jujur kepada diri sendiri, majikan, masyarakat dan pelanggannya serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan untuk terus memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang dari semasa kesemasa.
Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya pertembungan di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Ini akhirnya menyebabkan pelbagai konflik dan rasa tidak puashati dikalangan pihak yang berkaitan. Setiap ahli professional dalam bidang masing-masing perlu mengiktiraf kehidupan, keselamatan, kesihatan dan kebajikan setiap anggota masyarakatnya
Jika seseorang teknokrat didakwa atau diragui oleh pihak lain tentang apa yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya dalam memberi sokongan akan apa yang telah dilakukan. Hendaklah ahli teknokrat tersebut yakin akan pekerjaan yang telah beliau lakukan tidak salah disisi undang-undang dan agama serta etika organisasi atau jabatan.
Para professional hendaklah menolak sebarang arahan majikan yang bertentangan dengan etika professional syarikat berkenaan.
Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan kepada pengguna-pengguna teknologi dalam bidang kepakaran masing-masing. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang professional.
Semua etika professional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan etika dibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.
Amalan Tidak Beretika Dikalangan Profesional
BACK TO THE TOP
Ahli-ahli profesional dalam tugas-tugas seharian mereka berurusan dengan pelbagai pihak. Tidak kira dengan siapa mereka berurusan, ianya mempunyai implikasi undang-undang yang luas.
Namun begitu dari semasa ke semasa, pelbagai jenayah kolar putih yang melibatkan ahli profesional telah diketengahkan Ini menggambarkan perbuatan-perbuatan yang tidak beretika di kalangan para ahli profesional.
Kebanyakan daripada mereka ini beranggapan bahwa etika adalah semata-mata untuk menyekat serta mengongkong kehidupan mereka. Mungkin pada masa sekarang ini ramai yang beranggapan bahawa tidak perlu lagi etika dalam kerja mereka kerana ianya akan menghadkan 'pergerakan' mereka dalam organisasi tersebut. Di bawah ini adalah sebahagian contoh perbuatan tidak beretika tersebut:
Dewasa ini, banyak kes yang kita dengar berhubung dengan salah guna kuasa oleh sesetengah pihak. Jenayah ini berlaku demi menjaga nama dan maruah seseorang itu dari dikenakan tindakan undang-undang daripada jenayah yang telah dilakukan.
Kuasa dan pangkat juga digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Ianya juga digunakan untuk menipu dan memberi rasuah. Jikalau dilihat dari segi agama ia secara terang ditentang kerana ianya dianggap tidak bermoral dan tidak berlaku adil kepada mereka lain. Mereka yang terlibat dalam penyalah gunaan kuasa dianggap sebagai mementingkan diri sendiri dan mengetepikan norma-norma masyarakat. Mereka juga menggunakan kuasa untuk menyalah gunakan maklumat untuk tujuan memberi keuntungan kepada keluarga dan rakan-rakan dalam pemberian kontrak atau dalam menguruskan pinjaman atau subsidi.
Rasuah boleh ditafsirkan sebagai "ganjaran atau imbuhan yang diperoleh hasil daripada melakukan sesuatu kerja yang tidak sepatutnya dilakukan". Rasuah bukan sahaja boleh diberi atau diterima dalam bentuk wang ringgit tetapi juga dalam bentuk meterial.
Rasuah adalah satu jenayah kolar putih paling tinggi di Malaysia. Sungguhpun begitu hukuman yang dikenakan pada masa sekarang bagi mereka yang telah melakukan jenayah ini adalah tidak releven. Ini kerana jumlah denda yang diekenakan adalah amat kurang daripada jumlah nilai barangan atau bahan yang dirasuah.
Jikalau dilihat dari segi agama, ia dianggap berdoasa dan amat berat hukumannya. Hukuman ini bukan sahaja kepada penerima tetapi kepada pemberi dan juga saksi-saksinya kerana mereka ini bersekongkol dalam melakukan jenayah tersebut.
Kegiatan seperti ini akan memberi implikasi dan tanggapan buruk oleh masyarakat akan profesion seorang profesional yang dikira beretika dalam semua hal.
Impak ini juga akan dirasai oleh masyarakat keseluruhannya. Jenayah ini akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang akhirnya memberi kesan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan tidak memenuhi spesifikasi atau mutu yang sepatutnya. Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat.
Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeli atau pun projeknya diluluskan.
Gejala rasuah juga menimbulkan rasa tidak senang hati pada sesetengah pihak kepada pihak lain kerana mereka percaya bahawa mereka tidak mendapat layanan yang adil dalam sesuatu urusan yang telah dijalankan
Namun demikian, di sesetengah buah negara, amalan ini 'diterima' oleh masyarakat walaupun ianya terang-terang salah di sisi undang-undang. Ini mungkin disebabkan pendapatan bulanan yang rendah seperti di Thailand, India, Indonesia dan Amerika Latin. Banyak faktor yang menyokong jenayah ini 'diterima' di negara-negara ini. Diantaranya termasuklah kesempitan hidup, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDK) yang rendah
Pada keadaan sekarang penipuan boleh dianggap sebgai suatu perkara yang biasa di'amal'kan oleh mana-mana pihak sama ada profesinal ataupun tidak. Penipuan biasa berlaku secara senyap dan tidak dapat dikesan. Ianya berlaku dalam keadaan sedar dan mereka yang bersekongkol dalam penipuan tersebut dan mereka tahu akan kesalahan yang telah mereka lakukan.
Penipuan mempunyai pelbagai tujuan. Peniouan dilakukan untuk menyembunyikan kesalahan yang telah dilakukan dari pengetahuan umum. Terdapat pelbagai penipuan boleh dilakukan dan antaranya adalah pemalsuan dokumen dan maklumat, pengeliruan dan pemalsuan pengiklanan dan lain-lain. Yang biasa kita lihat adalah penipuan dalam pengiklanan barangan dan rumah kediaman. Penipuan boleh dikaitkan dengan perbuatan-perbuatan sepertiman yang telah diterangkan pada (a dan b) di atas.
Penipuan merendahkan integriti dan maruah seseorang itu di martabat masyarakat. Ini akan menghakis kepercayaan rakyat kepada mereka yang terlibat.
Golongan profesional adalah golongan yang lebih banyak terdedah dengan perlakuan tidak beretika atau jenayah kolar putih. Ini kerana mereka terlibat dengan pelbagai keadaan dan orang pelbagai peringkat dan pangkat. Secara realitinya lebih tinggi pangkat dan jawatan disandang, maka lebih banyaklah cabaran dan dugaan yang perlu mereka hadapi.
Tindakan pertama melangkah batas-batas etika akan membawa diri seseorang itu terus terjebak dalam kancah yang tidak beretika dan amat sukar sekali apabila seseorang itu telah mula terlibat dengan etika yang tidak bermoral ini ingin keluar daripada apa yang telah 'biasa' mereka lakukan.
Kesimpulannya, walaupun seorang profesional itu terikat dengan undang-undang dan kod etika profesional, masih ramai di antara mereka yang melakukan amalan yang tidak sihat ini. Pbuatan ini mungkin disebabkan masih ramia diantara mereka yang memikirkan etika sebagai malaikat yang mengawal segala tindak tanduk mereka dalam semua hal.
Persekitaran juga turut mempengaruhi tindakan seseorang itu untuk melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Ini dilakukan demi menjaga reputasi dan periuk nasi mereka - walaupun mereka mengetahui apa yang mereka lakukan adalah salah disisi undang-undang.
Perbuatan-perbuatan yang tidak beretika adalah ibarat penyakit barah yang sekiranya tidak dirawat akan memudaratkan seluruh anggota badan sehingga menyusahkan orang. Penyakit ini hanya dapat diubati dengan perlaksanaan undang-undang yang ketat. Dalam erti kata lain, pelaksana undang-undang juga tidak boleh bersekongkol dengan mereka dan tindakan undang-undang yang dikenakan haruslah tidak 'memilih bulu'.
Selain perlaksanaan undang-undang, kesedaran individu itu adalah sangat penting kerana ianya dianggap sebagai perisai utama diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. Namun begitu, apa pun penyelewengan yang mereka lakukan adalah salah dan bertentangan dengan agama, kod etika profesional dan undang-undang serta norma-norma masyarakat amnya.
TERAS ETIKA KERJA PROFESSIONAL
BACK TO THE TOP
Ciri-ciri yang dinyatakan berikut wajar dijadikan panduan yang dianggap sebagai teras "Etika Kerja Professional".
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja dengan sambil lewa. Kerja dan tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai satu bebanan atau sebagai satu rutin yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakannya akan dilakukannya dengan bersungguh-sungguh, tidak sekadar "melepaskan batuk di tangga". Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika dia menemui kesulitan semasa melaksanakan tugasnya, dia akan terus berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu. Dia tidak mudah patah hati atau mengaku kalah.
Untuk mencapai tahap kecemerlangan, seorang pekerja itu mesti ada disiplin diri. Mereka yang mempunyai displin diri boleh bekerja dengan baik dalam semua keadaan.
Pekerja yang mempunyai sikap berinisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan berlakunya kesilapan. Kesilapan dalam melakukan pekerjaan memanglah boleh dimaafkan tetapi jika dilakukan berulang kali akan menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan orang lain.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang-bidang yang mereka ceburi. Oleh itu mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha untuk mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja. Contohnya dalam bidang perniagaan pekerja akan berusaha untuk mengembangkan perniagaan syarikat dalam bidang-bidang baru seperti keluaran atau perkhidmatan yang baru.
Orang yang tidak mempunyai niat yang betul semasa bekerja tidak akan bekerja dengan baik. Orang itu tidak akan mempunyai komitmen terhadap kerja yang dilakukannya. Ramai orang yang bekerja tetapi tidak faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup.
Persepsi seorang pekerja itu terhadap kerjanya boleh disimpulkan dalam sebuah kisah pendek mengenai tiga orang pekerja binaan.
Apabila mereka ditanya :-
" Apakah yang sedang anda lakukan ini ?"
Jawapan mereka:-
Pekerja pertama berkata : "Saya sedang cari makan ".
Pekerja kedua berkata : "Saya sedang membuat dinding ".
Pekerja ketiga berkata : "Saya sedang membina sebuah bandar yang indah dan permai".
Antara tiga pekerja binaan ini, siapakah yang paling berminat dan komited terhadap kerjanya ? Pastilah pekerja yang ketiga. Orang yang ketiga ini lebih memahami tujuan kerjanya itu dan lebih komited terhadap apa yang dilakukannya.2 Seseorang yang ingin bekerja dengan baik mestilah bekerja dengan niat yang ikhlas tidak kerana riak, menunjuk-nunjuk, kerana terpaksa atau kerana tujuan lain. Kerja atau amalan yang kita lakukan bukan kerana niat yang betul akan mengurangkan kualiti kerja yang dilakukan..
Oleh itu, setiap kerja yang ingin kita lakukan hendaklah ikhlas. Ikhlas itu bermaksud murni atau bersih, tidak ada campuran. Ibarat emas yang tulen, bersih tanpa campuran daripada lain-lain bahan seperti perak, tembaga dan sebagainya. Maksud bersih di sini ialah, bersihnya sesuatu pekerjaaan dari campuran motif atau tujuan seperti ingin dipuji orang, ingin mendapat nama dan sebagainya.
Contohnya, dua orang yang memberi derma kepada fakir miskin. Seorang menderma kerana Allah semata-mata, manakala seorang lagi menderma kerana mahukan pujian dan nama sebagai seorang dermawan. Dari segi lahiriah, kedua-dua mereka itu sama sahaja iaitu memberi bantuan kepada fakir miskin, tetapi nilai murni dan akhlak orang yang pertama lebih tinggi daripada orang yang kedua.
Etika kerja profesional turut menekankan tanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan akibat pekerjaan tersebut kepada masyarakat dan alam sekitar. Sebagai contoh, sesebuah syarikat pemaju perumahan tidak wajar menggondolkan suatu kawasan hutan dengan sesuka hati demi apa yang dikatakan sebagai pembangunan. Perbuatan tersebut bukan sahaja menjejaskan alam sekitar, malah juga sumber pendapatan penduduk setempat.
Tanggungjawab terhadap masyarakat amat penting kerana banyak projek-projek dewasa ini hampir melupakan faktor-faktor yang memberi kesan kepada masyarakat. Peranan ahli-ahli teknokrat amat penting dalam menekankan etika tanggungjawab mereka kepada masyarakat.
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi masyarakat atau pekerjaan; sebuah syarikat misalnya. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak mempunyai sifat amanah; segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat tersebut.
Sifat amanah dalam kerja yang telah diamanahkan tentunya akan menghasilkan nilai-nilai keperibadian seorang pekerja yang baik. Peranan ketua-ketua bahagian atau majikan amat penting dalam membanteras gejala tidak amanah dalam kerja. Pekerja-pekerja seharusnya patuh kepada arahan yang diberi dan melaksanakan tugas itu dengan baik. Sifat ini bukan hanya melanda pekerja biasa sahaja, malah tidak kurang juga majikan atau ketua sendiri yang mengamalkan sifat tidak amanah ini.
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya yang diceburinya. Komited yang dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguh-sungguh terhadap apa yang dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah terhasilnya mutu kerja atau khidmat yang cemerlang.
Kerja yang dilakukan mestilah sentiasa mencari peluang-peluang untuk meraih kecemerlangan dalam kerja. Pekerja akan sentiassa melihat da merebut peluang yang tercipta atau dicipta sendiri. Kata-kata hikmat dalam perniagaan yang sering dijadikan pegangan usahawan ternama iaitu, "Peluang mesti dicari, ianya tidak diberi". Ini merupakan faktor penting dalam mencapai kejayaan.
Akhlak merupakan teras pembentukan etika kerja professional. Akhlak mulia yang dimiliki oleh seseorang pekerja mahupun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti individu terbabit. Apalah gunanya seorang yang berpendidikan tinggi dan kemudiannya menjawat pekerjaan yang bagus jika berakhlak buruk. Akhlak buruk di sini contohnya mengamalkan rasuah, dasar pilih kasih dalam kerja, dan tidak komited dalam kerja. Banyak contoh yang dapat kita lihat dalam pentadbiran negara kita sendiri di mana ahli-ahli politik yang mengamalkan rasuah dan tidak kurangnya juga yang menerima rasuah untuk meluluskan sesuatu projek. Malahan suatu gejala Poltik Wang pernah menggemparkan sebuah gergasi politik di negara kita.
Di dalam pekerjaan, sifat jujur atau benar dapat membentuk hubungan yang sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama pelanggan atau pun orang yang berurusan di dalam pekerjaan tersebut. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak wasangka dan tipu daya atau pun dusta. Contoh tipu daya dalam pekerjaan ialah seorang peniaga yang suka menipu pelanggannya dengan tujuan melipatgandakan keuntungan.
Bersyukur adalah susulan kepada kejayaan-kejayaan dan keuntungan yang diperoleh hasil sesuatu pekerjaan. Harus diingat bahawa keuntungan yang diperoleh adalah nikmat kurniaan Allah. Kewajipan bersyukur dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud :
"Dan (ingatlah) tatkala Tuhan kamu memberitahu; Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku kepada kamu, dan demi sesungguhnya azab-Ku amatlah keras"
(Surah Ibrahim Ayat 7)
Menjadi lumrah manusia, apabila ditimpa kesusahan mereka tabah menghadapinya dan keimanan mereka pada masa ini kuat sekali. Namun apabila memperoleh pangkat dan kesenangan, mereka lupa diri dan Tuhan. Inilah yang dinamakan ‘Kufur Nikmat’. Harus diingat bahawa Allah boleh menarik balik nikmat yang telah dikurniakan kepada hambaNya.
Termasuk dalam golongan yang kufur nikmat ialah orang yang mengamalkan rasuah di dalam pekerjaan. Orang yang mengamalkan rasuah seolah-olah tidak bersyukur dan berasa cukup dengan apa yang dikurniakan oleh Allah. Rasuah dilakukan untuk mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan menguntungkan kedua-dua pihak (pemberi dan penerima rasuah) dengan cara yang mudah tetapi menyalahi undang-undang dalam bentuk imbuhan. Imbuhan rasuah pada masa kini berbentuk wang, saham, wanita cantik dan apa jua yang diatas nama sebagai hadiah.
Amalan rasuah akan melumpuhkan ekonomi negara kerana yang kaya bertambah kaya manakala yang miskin semakin terbiar. Islam dengan tegas melarang perbuatan rasuah kerana ia tergolong dalam dosa-dosa besar.
Dalam menjalani pekerjaan, amat perlu dititikberatkan soal pengurusan masa kerana salah satu faktor kejayaan dalam pekerjaan adalah pengurusan masa yang berkesan. Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas di samping memudahkan segala urusan kerja.
Semasa bekerja kita telah diperuntukkan waktu rehat yang secukupnya oleh majikan. Dalam masa yang agak singkat inilah kita perlu bijak memanfaatkan masa untuk makan, sembahyang dan berehat. Kadangkala kita terlalu asyik berbual-bual bersama rakan-rakan sekerja sambil menikmati hidangan sehingga terlupa untuk menunaikan solat. Walhal waktu rehat tersebut jika bijak diuruskan sudah semestinya amat mencukupi untuk kita berehat dan beribadat dengan selesa. Firman Allah yang bermaksud:
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran."
(Surah Al-Asr Ayat 1-3)
Muhasabah bermaksud menilai diri, menghitung kebaikan dan keburukan yang telah kita lakukan. Kita perlu menghisap diri di waktu malam tentang apa yang telah kita lakukan sepanjang hari terutama dalam pekerjaan. Kita perlu menghisap diri di hujung minggu tentang apa yang telah kita laksanakan sepanjang minggu. Dan seterusnya kita perlu menghisap diri di akhir tahun untuk mempastikan apa sebenarnya yang telah kita lakukan (untuk diri kita, keluarga kita, bangsa kita, negara kita, agama kita) di sepanjang tahun.
Penilaian diri (self-evaluation) ini tidak sama ertinya atau kurang bermakna jika seorang itu pada awalnya tidak menggariskan, merancang atau menentukan apa yang ia hendak laksanakan dalam tempoh tertentu.3 Begitu juga penilaian diri ini juga bukan bermaksud agar kita menguji orang-orang lain dengannya, tetapi agar kita menguji diri sendiri, dan setelah mengetahui kekurangan dalam diri kita dan kesilapan strategi di dalam pekerjaan.
Muhasabah ini tidak akan mendatangkan apa-apa manfaat kepada bangsa dan negara melainkan seorang itu menyedari bahawa dia ada peranan dan kewajipan sebagai anggota masyarakat. Jika muhasabah atau penilaian semula itu hanya setakat mengukur kejayaan diri secara sempit, tanpa mengambil kira sumbangan yang telah dapat dicurahkan kepada sanak saudara, kepada masyarakat setempat, kepada bangsa dan negara, kepada agamanya, ia belum lagi mencapai maksud sebenar.
Kesimpulan
BACK TO THE TOP
Etika kerja diwujudkan adalah untuk mengawal tingkahlaku para profesional atau ahli teknokrat supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan, kepakaran dan kemahiran yang ada untuk kebaikan semua pihak. Untuk mencapai tujuan ini tidaklah dinafikan bahawa etika kerja professional memainkan peranan yang amat penting untuk menjadikan masyarakat yang beretika dan berjaya.
Namun demikian, mekanisme untuk mengawal tingkahlaku manusia perlu melangkaui etika professional. Ini kerana terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi dan menentukan tingkahlaku seseorang individu dan keputusan yang dibuatnya. Oleh itu, faktor-faktor lain seperti keperluan kehidupan, nilai-nilai hidup, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan agama, budaya kerja dan lain-lain perlu diambil kira supaya mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang sentiasa mendorong seseorang individu melakukan sesuatu yang hanya mendatangkan faedah dan kebaikan semua pihak.
Etika kerja professional bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang kompleks, tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang tersendiri untuk mengawal tingkahlaku para professional. Etika kerja professional telah menentukan asas-asas hubungan di antara para professional dengan masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja professional telah wujud sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan berfaedah. Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan nilai etika termasuklah para teknokrat.
BACK TO THE TOP
Copyright
ã 1999 éjåt99 All Right Reserved.